SEJARAH SEKOLAH

              SK Bandaran Sibu No.2 telah dibuka pada tahun 1961 dengan dikenali sebagai SUDC No.2 Primary School. Sejak tahun 1975 kerajaan telah mengambilalih sekolah ini. Pengambilalihan oleh kerajaan juga melibatkan pertukaran nama sekolah. Sejak itu nama sekolah telah ditukar kepada SRK Bandaran Sibu No.2.


        Pada permulaannya lima orang guru termasuk guru besar berkhidmat di sekolah ini. Bilangan kelas ketika itu ialah 4 buah yang terdiri daripada dua aliran; dua buah kelas aliran Bahasa Inggeris dan dua buah lagi aliran Bahasa Cina. Seperti sekolah lain, sekolah ini tidak terkecuali daripada perubahan dasar pendidikan iaitu perubahan aliran daripada aliran Bahasa Inggeris kepada aliran Bahasa Melayu. Perubahan aliran ini berlaku pada tahun 1977.


            Sekolah yang didirikan di atas tapak tanah seluas 1.954 ekar dan didermakan oleh En. Lau Tiing Long pada mulanya terdiri daripada satu bok bangunan. Dua buah blok bangunan baru dibina  masing-masing pada tahun 1969 dan 1978 menjadikan tiga blok yang kekal hingga sekarang. Pada tahun 2005 satu blok lagi didirikan iaitu blok makmal komputer.


            Semasa penubuhannya pada 1961,bilangan pelajar adalah berjumlah 90 orang. Bilangan pelajar bertambah sejajar dengan pertambahan bangunan sekolah. Pada tahun 1969 bilangan pelajar bertambah ke 120 orang. Jumlah pelajar terus bertambah ke 1100 orang pada 2000. Tetapi pada tahun 2001 banyak murid telah berpindah ke sekolah baru, SK Sentosa. Jumlah pelajar terus jatuh apabila SK Sibu Jaya dibuka. Sekarang jumlah murid sekolah ini adalah lebih kurang 350 – 400 orang sahaja. Pelajar-pelajar adalah berbilang kaum dan majoritinya adalah bumiputera.
  

Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini adalah seperti jadual di bawah:


Bil
Tahun
Guru Besar
1
1961
En. Lau Ping Yii
2
1962 – 1963
Pn. Wong Pick Ngiik
3
1964 – 1969
Cik Chin Mee Kiuk
4
1969 – 1985
En. Lim Ho Chuan
5
1986 – 1992
En. Tan Hock Seng
6
1993 – 1997
En. Liew Siew Liong
7
1997 – 2002
En. Ting Siew Nguong
8
2002 – 2011
En. Liew Siew Liong
9
2011 -
En. Liong Jun Fuk