PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
SK BANDARAN SIBU NO. 2


1.       WAKTU SEKOLAH
Waktu bermula :            Loceng pertama                 -0710
                                    Loceng kedua                    -0715
Waktu rehat      :                                                    -1015 – 1035
Waktu balik       :            Isnin & Khamis                 -1305
                                     Jumaat                             -1135

2.       PERHIMPUNAN
2.1 Semasa loceng pertama dibunyikan murid-murid dikehendaki pergi ke tempat yang ditetapkan untuk perhimpunan.
2.1.1 Murid-murid dikehendaki berbaris mengikut darjah.
2.1.2 Lagu kebangsaan dan lagu kebesaran negeri mesti dinyanyikan dengan bersemangat.
2.2 Semasa ucapan diberikan olehGuru Besar/Penolong Kanan/Guru Bertugas, murid-murid dikehendaki memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang diucapkan.
2.3 Selepas perhimpunan murid-murid bersurai mengikut barisan dan terus balik ke bilik darjah masing-masing.

3.       MASA REHAT
3.1 Semua murid dikehendaki berada di luar bilik darjah pada waktu rehat.
3.2 Semua lampu dan kipas angin (jika dipasang) hendaklah ditutup suisnya.
3.3 Semua murid hendaklah berada dalam bilik darjah masing-masing apabila loceng dibunyikan menandakan masa belajar bermula.
3.4 Murid-murid tidak dibenarkan merayu-rayau ke tempat lain apabila loceng isyarat telah dibunyikan.
3.5 Guru-guru hendaklah menyemak bilangan murid di dalam kelas selepas rehat.


                  4.      PAKAIAN
4.1 Semua murid hendaklah datang ke sekolah dengan pakaian seragam sekolah seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan.
4.1.1 Lelaki :                        Baju putih, seluar biru, kasut & sarung kaki putih.
4.1.2 Perempuan :               Baju putih, gaun biru, kasut & sarung kaki putih.
4.2 Lencana sekolah hendaklah dipakai pada waktu persekolahan.
4.3 Pakaian sekolah hendaklah dipakai pada waktu persekolahan dan perjumpaan-perjumpaan rasmi di dalam/di luar sekolah.
4.4  Semua murid hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk Pendidikan Jasmani/Permainan.
4.5 Selipar tidak boleh dipakai tanpa sebab-sebab tertentu.
4.6 Semua murid tidak dibenarkan memakai barang kemas.
4.7 Murid perempuan tidak dibenarkan bersolek.
4.8 Rambut mestilah bersih dan kemas.
4.8.1 Lelaki:                         Rambut pendek dan disikat
4.8.2 Perempuan :               Rambut disikat; jika panjang, perlu diikat. Jangan memakai sebarang benda hiasan

5. PENGAWAS
5.1 Semua pengawas hendaklah berpakaian lengkap setiap hari persekolahan.
5.2 Pastikan bahawa murid-murid mematuhi peraturan-peraturan sekolah.
5.2.1 Pastikan murid-murid tidak meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran guru pada waktu persekolahan.
5.2.2 Pastikan murid-murid memakai baju seragam sekolah dengan lengkap & kemas.
5.2.3 Pastikan murid-murid membuang sampah di tempat yang disediakan dan tidak dibuang di merata-rata tempat.
5.2.4 Pastikan murid-murid tidak membeli makanan diluar kawasan pada waktu persekolahan.
5.2.5 Pastikan murid-murid beratur dan berbaris dengan baik semasa perhimpunan.
5.2.6 Pastikan murid-murid beratur dengan tertib dan sopan semasa membeli makanan di kantin. 
5.3 Seseorang pengawas tidak boleh mengenakan sebarang hukuman terhadap murid-murid lain.
5.4 Setiap pengawas adalah bertanggungjawap terus kepada Guru Bertugas Harian dan melaporkan sebarang kejadian/peristiwa yang berlaku.

            6. BILIK-BILIK DARJAH
6.1 Tiap-tiap murid bertanggungjawap supaya kerusi dan meja yang dikhaskan untuknya tidak rosak.
6.2 Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan kapurtulis dan menulis di papan hitam jika tidak disuruh oleh gurunya.
6.3 Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan bilik darjahnya. Ketua darjah (dengan bantuan guru kelas) mesti menyediakan senarai giliran bertugas untuk memastikan kebersihan dijaga pada setiap masa.
6.4 Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan meja dan kerusi guru.
6.5 Hartabenda dan perkakas sekolah tidak boleh digunakan jika tidak mendapat kebenaran guru kelas atau guru yang menjaga perkakas itu.
6.6 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru.
6.7 Murid hendaklah berdiri dan mengucapkan selamat pagi kepada guru/pegawai yang masuk ke kelas.
6.8 Murid-murid tidak dibenarkan meletakkan botol minuman/bekas makanan di atas meja.

7. KELAKUAN AM
7.1 Semua murid dikehendaki mematuhi dan taat kepada peraturan-peraturan/undang-undang sekolah.
7.2 Semua murid hendaklah memberi hormat kepada guru baik di dalam ataupun di luar kawasan sekolah.
7.3 Jika hendak keluar dari kelas, murid mesti mendapat kebenaran daripada guru. PAS harus dipakai.
7.4 Semua murid dikehendaki mematuhi perintah pengawas dan ketua darjah dan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada mereka.
7.5 Sebelum masuk ke kelas, murid mesti mengetuk pintu dahulu. Bila disuruh masuk, barulah masuk.
7.6 Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising di dalam kelas.
7.7 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kelas lain tanpa kebenaran guru.
7.8 Bergaduh/berkelahi adalah kesalahan besar. Tindakan disiplin boleh diambil terhadap murid-murid yang bersalah.
7.9 Murid-murid tidak dibenarkan menghubungi sesiapapun di luar kawasan sekolah semasa berada di sekolah kecuali mendapatkan bebenaran daripada Guru Besar/Guru-guru Penolong Kanan.
7.10 Murid-murid tidak dibenarkan menconteng harta benda sekolah.
7.11 Murid-murid tidak dibenarkan merosakkan harta benda sekolah.
7.12 Murid-murid tidak dibenarkan bermain di atas bangku, kerusi dan meja.

8. MURID YANG TIDAK HADIR
8.1 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah membawa surat daripada ibubapa mereka menerangkan sebab tidak hadir ataupun membawa surat Akuan Doktor.
8.2 Jika murid tidak hadir selama 3 hari berturut-turut dan berita tidak diterima oleh pihak sekolah, Guru Kelas akan menghantar surat kepada ibubapa/penjaga memberitahu hal ini.

9. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH
9.1 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah melainkan mendapat kebenaran daripada Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru Bertugas.
9.2 Sebelum ibubapa-ibubapa dapat membawa anak mereka pulang oleh kerana sesuatu sebab yang penting, mereka mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar /Penolon Kanan/ Guru Bertugas.

10. KANTIN SEKOLAH
10.1 Murid-murid dikehendaki beratur semasa ingin membeli makanan.
10.2 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan di kantin melainkan waktu rehat dan pada masa sebelum atau selepas waktu sekolah.
10.3 Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.
10.4 Murid-murid dibenarkan makan di dalam kantin dan di kawasan-kawasan berdekatan dengan kantin / di luar bilik darjah.

11. TANDAS
11.1 Semua tandas hendaklah berada dalam keadaan bersih. Air hendaklah disiram selepas tandas digunakan.
11.2 Jangan menulis atau menconteng di dinding tandas.
11.3 Murid-murid hendaklah beratur dan jangan membuat bising apabila menggunakan pancur selepas pelajaran PJ.
11.4 Semua pili paip air hendaklah ditutup selepas digunakan.
11.5 Ketua Darjah bertanggungjawap menjaga kebersihan tandas apabila habis pelajaran PJ.
11.6 Murid-murid dilarang membuang sampah di dalam tandas. Buang sampah ke dalam tong sampah.

12. PENJAJA
12.1 Murid-murid dilarang membeli barang-barang, terutamanya makanan, daripada penjaja di luar kawasan sekolah.
12.2 Murid-murid tidak dibenarkan berjaja di dalam kawasan sekolah.